Monday, October 2, 2017

Jambi Part II

Assalammualaikum Readers.

Aku baru je habis kelas memandu, dua-dua lesen; kereta dan motor. Sebab diorang kata kalau amik dua-dua murah around RM1,500, murah ke? Aku pun tak tahulah. Ujian kereta sekarang agak susah, sebab dia ada tambah step. Kalau dulu hanya ada 3 step; bukit, parking dan jalan mati kalau tak silap. Tapi sekarang dia ada 5 step; bukit, simpang S, parking sisi, parking 3 penjuru dan simpang Z. Simpang S ni lah yang agak mencabar bagi aku, sebab aku masih belum mahir kawal stereng..haha kelautlah stereng aku. Motor pulak bab jambatan je aku risau, satu dua kali buat okey je sekali kali ketiga kelaut jugak. hahaaaa. Apapun FIGHTING!! jela. Esok dah kena try bawak kereta pi jalanraya pulakk..
---------------------------
Sambung cerita Jambi..

Apa yang aku perasan kat Jambi ni kita mudah jumpa bangunan-bangunan atau tinggalan-tinggalan dari orang terdahulu, naskah-naskah pun tak kurang banyaknya. Di Jambi, ada satu kawasan yang dipanggil Seberang, kat situlah wujudnya perkampungan Arab-Melayu. Banyak tinggalan-tinggalan ilmiah dan juga makam ulamak yang berdakwah menyebarkan Islam di tanah Jambi. Ada jugak madrasah-madrasah yang didirikan pada abad ke-19 Masehi. Itulah yang menariknya Jambi diorang kat sana kaya dengan sumber sejarah, bukan kat Jambi je, satu Indonesiaaa. Ada juga yang masih mengamalkan bermacam-macam adat, bak kata pepatah Jambi yang popular:

Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah


Jadi, pucuk pangkal sesuatu hukum itu adalah berlandaskan kitabullah. 
 Museum Siginjai Jambi

Gentala Arasy
Laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kota Jambi dan Kota Seberang, agak jauhlah jugak tapi lumayan. Di penghujung jambatan ini, terdapat museum atau bagi aku macam mini museum la gitu. Kat situ ada naskah-naskah kuno dengan informasi sejarah-sejarah kedatangan awal Islam di tanah Jambi sehinggakan terbentuknya masyarakat Melayu Arab dan sebagainya. Selain dari bejalan kaki, kita boleh jugak naik pengangkutan air 'kolek' untuk ke Kota Seberang.




Museum yang berada di hujung Gentala Arasy





Rumah Batu yang terletak di Kota Seberang 



Arsitektur Rumah Batu ini kalau tak silap aku ada mix Cina and etc (lupa) tu yang ada ukiran Naga kat tiang tu. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Rumah Batu ni bolehlah search Google ye. Kalau kita tengok gerbang kat gambar awal-awal tu pun dah nampak macam style Cina sikit. Tapi yang sedihnya bangunan ini seperti tidak dijaga, wallahu'alam..



Madrasah Nurul Iman yang didirikan pada tahun 1915M

 Bocah-bocah

Antara salah satu lokasi yang menarik di Jambi adalah tinggalan candi di Muaro Jambi, alhamdulillah kitorang berkesempatan pergi ke sana sebab kitorangkan budak sejarah. Nak pi mana kalau tak ke tempat bersejarah..kan. Perjalanan dari Mendalo (kampus kami) ke Candi Muaro Jambi memang memakan masa yang cukup lamaaaa, dengan sesat jalannya lagi tapi nasib baiklah kitorang dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.







Meyyhhh,panas-panas

 Replika



Kami budak sejarah

-TBC-

Friday, September 29, 2017

Jambi Part I

ASSALAMMUALAIKUM


First question, apa khabar semua? 
Haha, macam ada orang je yang baca blog berhabuk ni.
Kalau ada, it's what we called as 'kiseki' or miracle 😄

Lama sudah aku tak update blog, why? Mungkin sebab tak ada keperluan dan agak sibuk dengan study kat Jambi. Yap. Aku study kat Jambi (degree), hanya di Jambi dan bukan di negara-negara lain yang menjadi pilihan hati sejak aku kecik yakni Jepun atau Turki. Nak terbang ke Jepun sekarang memang beranganlah.. maybe someday i'll go there. Honeymoon ke..vacation ke..travel ke..and so on. Duit pun masih mintak mak pak so jangan mimpilah nak pi sana sekarang. 

Why Japan?
Sebab aku suka culture and there are own behaviour, sopan, soft-spoke and mungkin sebab aku terpengaruh dengan anime kot. Sejak kecik lagi suka tengok anime, tu yang terpengaruh sampai nak fly ke sana. Aku sebagai seorang peminat tegar anime ni kekadang dapat rasa overwhelmed with the characters and the plots. Macam kita baca novellah kan...celaru otak dengan emosionalnya lagi baca sampai menangis. Overr.


Jambi?
Lepas habis study (diploma) di UniSZA pada bulan Jun 2015, aku dengan 10 budak sejarah lain dah decide nak pergi Jambi. Kalau ikut schedule bulan Ogos kitorang dah sepatutnya fly pergi sana, tapi disebabkan Jambi masa tu mengalami jerebu yang teruk gilaaaa, berdebu berasap, macam kabus tapi sebenarnya jerebu, jadi tergendala schedule dan kitorang fly pada awal bulan Oktober. Sebab lain kitorang sambung belajar di Jambi adalah kerana kalau kitorang sambung degree kat sana, kitorang boleh buat degree hanya 2 tahun sahaja. How? Dengan mentransfer kredit subjek yang kitorang belajar kat UniSZA dulu. Jadi, disebabkan kitorang transfer kredit tu tadi, maka sampai saja di Jambi kitorang terus masuk semester 5 automatically. Mudahkan?

First time naik kapal terbang -_- 

I'm a tough daughter.
Aku pergi KLIA dengan abang aku ke-dua. Mak Pak aku masa tu tunaikan ibadah haji, jadinya aku sesorang jela kat KLIA tu. Lepas abang aku hantar aku kat KLIA dia terus pergi UM. Lulz, semua orang datang dengan family, aku seorang je yang forever alone. Tak ada scene menangis pun kat situ, sebab aku 'tough girl' kan, mana boleh menangis. Tapi nasib baiklah ada dua member UniSZA yang sama flight dengan aku. Kalau tak aku dah terkapai-kapai. Thanks babe. 

Abah Mak, i'm a tough girl kan? Haha. Kbye.



Nampak jerebu tu..

Sekarang aku dah ada degree tapi dok tunggu tarikh graduate (orang sana panggil Wisuda) tak keluar-keluar itu yang fed-up. Apa boleh buat, tunggu jelakan. 

Aku amik kos Sejarah, why Sejarah? Aku pun tatau, haha. Kalau ikutkan kos pilihan pertama masa diploma kat UniSZA dulu aku nak amik Pendidikan Islam and Teknologi Maklumat (I-Tech), tapi mungkin tak ada rezki, aku dapatlah Sejarah. Masa SPM dulu pun subjek yang paling aku ok adalah subjek Sejarah. Mungkin sebab ada darah atau gen Atuk aku yang suka sejarah.

How's your life in Jambi?
First time datang sana kitorang kena naik bas atau diorang selalu panggil 'KPN', untuk pergi kampus yang memang jauh nun disana around 10-12km. Bayangkanlah mu naik bas yang mampat bak tin sardin dari rumah sewa ke kampus, masyaAllah agak menguji jiwa, sebab kekadang kalau ada rezki dapatlah duduk, kalau tak kena berdiri. Tapi tak apalaa pengalamankan, mana ada pengalaman semua manis-maniskan?

Abaikan mask yang senget itu 

Ni belum macam sardin lagi ni





Inilah rumah sewa kitorang, 15 orang duduk satu rumah, besar dan lumayanlah sebab dia ada sediakan peti sejuk and mesin basuh yang kitorang tak guna sebab takut banyak sangat kos elektrik. FYI, elektrik kat Indonesia or Jambi dia tak macam kat Malaysia kalau kat Malaysia cukup satu bulan kena bayar kat pejabat pos or so on. Tapi kalau kat sini kita kena beli topap kat IndoMaret or Alfamart etc barulah elektrik boleh ada, kalau habis topap beli lagi. Macam kita beli topap handphonekan. Haha. Awal-awal macam pelik la jugak sebab berlainan cara.



 Fakultas kitorang- Fakultas Adab dan Humaniora



One think bila kita belajar atau kerja di luar negara, jangan expect environment negara luar sama dengan negara kita. 'CULTURESHOCK' or something like that mesti berlaku bila kita mula nak bermanja-manja dengan suasana baru. Masa inilah kita kena survive, be natural kena biasakan. Sebelum kitorang fly ke Jambi, senior kitorang dah bagitau awal-awal kalau nak study kat Jambi ni kena survive gila-gila. Yela, sebab kita duduk negara orang, kita tak tahu macamana behaviour dan suasana life diorang.


Aku salute dengan budak Indonesia, why? Sebab diorang aktif sangat kat kelas, berani bertanya dan pengetahuan atau knowledge diorang lebih power dari aku, tapi tak tahulah sebab gap negara atau language atau experience dari zaman sekolah sampai sekarang. Kalau ikutkan aku hanya mampu jadi seorang yang pasif, bila dosen (lecturer) tanya personally baru aku jawab. Tu pun teragak-agak..poor me.



BERSAMBUNG...