Friday, April 8, 2011

geGar cne GeGar cnie. .






oHayO gOzaiMas. . ! ai u'llz de reaDer. pe haBak . ? sHat ta. .(caring lak an. .hehe)
sKrg nie ta aBes2 ngn geMpa . .ish3. . DUNIA DAH NK KIAMAT LA. .
sO jgnlah suke caNad wat dOsa.rjin2 lah btObat bykn aMal. .
slagie masa msih ada.mse ue emas auw. !



Gempa bumi susulan gegar Jepun
TOKYO: Gempa bumi susulan menggegarkan timur laut Jepun dan amaran tsunami dikeluarkan terhadap bahagian pantai yang dilanda gempa bumi dan tsunami bulan lalu yang melumpuhkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Amaran itu kemudian ditarik balik dan tiada tsunami dilaporkan selepas gempa bumi yang melanda sejurus sebelum tengah malam.

Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi 7.4 magnitud itu.
Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menyatakan pekerjanya yang bertungkus lumus untuk menstabilkan loji nuklear itu terpaksa meninggalkan kompleks berkenaan tetapi kembali selepas amaran tsunami ditarik balik. - Reuters


Gempa bumi skala 6.5 gegarkan Mexico

MEXICO CITY 8 April – Satu gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan kawasan selatan dan tengah Mexico semalam, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya.

Pusat gempa terletak berhampiran bandar Las Choapas, kira-kira 600 kilometer ke tenggara Mexico City.

Bangunan di bandar itu dilaporkan bergegar selama beberapa saat dan orang ramai lari ke jalan raya, sementara pelajar sekolah berkumpul di taman permainan.

Gabenor Javier Duarte de Ochoa bagaimanapun berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku berhampiran pusat gempa atau di bandar-bandar utama di negara ini. – AFP

No comments: