Thursday, December 16, 2010

PERISTIWA DAN AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM

PERISTIWA 10 MUHARRAM

im cOme back wif new entry..hehe

MySpaceMySpaceMySpace

silalah baca ye

MySpaceMySpaceMySpace

renung-renungkanlah dan selamat beramal..!

MySpace

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram

berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di

dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharram:-
  • 1. Berpuasa. Maksud hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud hadis: Barang sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • 2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • 3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas asar sebanyak 3 kali.
  • 4. Berdoa akhir tahun pada 1 Muharram selepas maghrib 3 kali.
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ( 10 Muharram ):
  • 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri , fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • 2. Memuliakan fakir miskin, fadilatnya – Allah akan melapangkanya dalam kubur nanti.
  • 3. Menahan marah, fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • 4. Menunjukan orang sesat, fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya Iman dalam hatinya.
  • 5. Mengusap/menyapu kepala anak yatim, fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapu.
  • 6. Bersedekah, fadilatnya – Allah akan menjauhkanya daripada nereka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • 7. Memelihara kehormatan diri, fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • 8. Mandi sunat, Fadilatnya – Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu, lafaz niat: Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • 9. Bercelak, fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • 10. Membaca Qulhuwaallah hingga akhir 1,000 kali, fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • 11. Sembahyang sunat empat rakaat, fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukanya. Lafaz niat: Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala: “Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwaallah 11 kali”.
  • 12. Menjamu orang berbuka puasa, fadilatnya – diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • 13. Puasa, Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala, fadilatnya – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkan daripada Neraka.
MySpaceMySpaceMySpace

2 comments:

lolitasinta polkapolkie said...

alhamdulillahh ;DD
selesai suda amalan3 sunat tok 10muharam ne ;DD

yurina said...

huhu,,,bgOs seyy kamOo..Q wat 2 jewp..
xD