Assalammualaikum
Hari ni (10 June 2021) rasa macam nak share berkaitan KKN (Kukerta) masa aku study kat Jambi dulu.
Apa itu Kukerta atau KKN ni?
Bagi aku dia macam program anak angkat kat Malaysia, tapi yang lainnya kitorang tak ada keluarga angkat. KKN ni boleh diperkatakan something yang wajib mahasiswa join sebelum diorang menghadap proposal dan thesis untuk degree. Universiti akan tetapkan sendiri kat mana kita akan sertai program ni, semua mahasiswa ikut kelompok akan duduk dalam satu tempat then buatlah aktiviti yang elok orang perkatakan yakni berbakti kepada masyarakat. Kalau macam aku, rasanya tempat akulah yang paling jauh antara student Malaysia yang lain. Agak pedalaman, ahahahaa. Aduhai, apalah nasib. Sudahlah student Malaysia hanya ada dua orang, Aku and seorang budak lelaki, Paih. Lepastu dapat tempat yang jauh di pedalaman.
But at least i got something meaningful to experiences there, hee.
Masa mula-mula meeting kelompok tu, aku dah fikir nak mintak pindah tempat lain. Tak sanggup nak menghadap dewek (sendiri). But then, a few days later...rasa macam kesian pulak kat Paih nanti dia bersendiri. Hahaa, i am a fool sebab dia lelaki buat apalah aku kesah sangatkan. Well, aku tak jadi tukar. Menghadaplah kau Yons. Aku tak ada masalah nak duduk kat kampung pedalaman tu, sebab aku pun orang kampung so macam norma hidup aku dah bersemi. Cuma...jiwa introvert aku je yang macam hampeh. Hahaha. Nasib baiklah ada seorang classmate yang sama kelompok dengan aku, but i am not close to her...hurmm, redah jela. Asal boleh.
Tak silap kalau naik motor, ambik masa 2 jam+- kot nak sampai. Sampai sana je terus meeting. Tempat aku tu orang panggil Nyogan. Ramai orang Jawa, and ada jugak orang Suku (orang Asli) duduk kat situ. One thing yang aku suka dengan orang Indonesia ni Bahasa, sebab bahasa dia baku. Sedap kekadang dengar. Tempat yang kitorang tinggal tu tempat madrasah, atau tempat mengaji kot. Ada 3 kelas, 1 untuk perempuan and 1 lagi untuk lelaki. Yang kelas ke-3 untuk bocah cilik mengaji lepas solat Maghrib biasanya.
Tandas? Ada...tapi nopelah nak pi. Kena angkut air kat perigi. Jauh oiii. Sebelah madrasah ada perigi, dinding dia plastik hitam je. Open gilaaa!! Macam plantor kat rumah sewa kayu aku dulu. Kat situlah aku mandi, nak tak nak kena jugak guna. Kekadang awal-awal tu diorang ajak pi mandi kat sungai, aku join tengok sungai je. Tak sanggup oii...diorang relax je berkemban. Last-last aku pi mandi kat masjid, selang 2 rumah dari madrasah, nasib baiklah dekat. Tapi tandas masjid tu pun lain cerita pulak, hahahaha. Air kolah dia connect dengan 2 tandas, so kena hati-hati takut nampak penampakan dan bayang-bayang. Paip tak ada, paip kat luar untuk ambik wuduk je yang ada.
Kekadang aku join diorang mandi kat sumur ea? Dia macam connect dengan air sungai tapi lagi dekat and tertutup (maybe). Bedal jela. Setiap hari aku angkut air perigi, jadi sado dah lengan aku ni😂 Precious memory ni. Tak silap masa awal-awal kat sana, aku otw pi kedai dengan budak-budak lain then ternampak ada nenek cabut rumput. Sebabkan tak ada aktiviti aku pun joinlah. Berpanasan, habis gelap muka aku. After that, aku selalu pergi rumah nenek tu. Rumah dia sebelah masjid je, and port kat depan rumah dia best...ada pokok renek, buaian, kayu balak boleh buat tempat lepak.
Makan jambu dengan cicah gula+kicap |
Bila aku datang sana, dia keluar buatkan air teh. Siap bagi biskut. Pernah sekali aku nampak dia bakar-bakar sampah aku pun join, lepastu aku ikut buat penyapu lidi dengan cuak tengok belakang ada angsa...takut kena kejar. Then nenek buat teh susu, sedap...
Penyapu lidi in the making |
Siap! |
Teh O |
Embah |
Angsa whattt |
Other time, aku ikut dia membaja sawit. Temankan je, dia kata tak payah ikut takut ada ular. So aku duduk jela bawah pokok kelapa sawit duduk tercongok melayan perasaan sambal minum air. Luaslah jugak tanah nenek ni. Nenek ni dia ada cucu, Jehan and lagi sorang aku lupa siapa nama dia. Duduk sebelah rumah je, dekat. Kangen oii~pengalaman. Nenek tu sekarang dah tak ada.
Baja? |
Masa hari last aku kat sana, aku pi rumah nenek tu. Dia bagi aku makan nasi dengan sambal kentang...sedap. Then aku mintak izin mandi kat rumah dia, then sebelum aku balik. Aku jumpa dia, say' goodbye for the last time. Thank you, Nenek!
Thank you~!
No comments:
Post a Comment