Assalamualaikum
Hi guys, disebabkan keyboard dekat laptop besar ni aku off kan function dia, jadinya aku sambung type kat handphone saja dulu. Kali ini maybe aku nak bercerita mengenai aktiviti atau program sepanjang aku KKN. Untuk program KKN ni mahasiswa semua kena tinggal kat desa yang telah ditetapkan selama satu bulan setengah. Lamalah jugak bagi akukan.
Antara salah satu program ibuk² kat sini adalah Yasinan setiap hari Jumaat after Zuhur. Habis Yasinan...makan, alhamdulillah aku dapat makanan percuma 😂👍 Ada jugak kadang² kitorang join sekali rewang² belah pagi, and another time after makan je terus join cuci² pinggan laa. Nak buat apa lagi...dah dapat makanan free kok. Kat Malaysia rasanya ada je aktiviti ni cuma more too golongan lelaki yang buat Yasinan kat masjid.
Huhu, dapatlah jugak merasa makanan-makanan masakan orang Indonesia, macam tekwan, bakwan and abon (macam serunding daging tu)
Gorengan in the making |
Bakwan |
Yasinan |
Tekwan |
Cuci piring dengan mahasiswa universiti lain (UNJA) |
Aku sempat join majlis kahwin 2 kali kot kat sini, kerjanya hanya jaga tempat makanan tetamu and sebelum majlis tu ada la jugak tolong lipat tisu and kotak untuk snack tetamu yang datang. One thing yang aku rasa unik, diorang punya lapik makanan guna lidi macam kraftangan la gitu. Atasnya dia letak kertas minyak untuk letak makanan. So nanti tak payahlah susah² nak basuh boleh buang terus kertas minyak tu. Tapi tak surelah itu creativity catering atau benda tu memang normal kat sana.
Lipat tisu untuk majlis kahwin, gigih aku melipat |
Majlis Kahwin 1 : yang ni macam sederhana sikit |
Majlis Kahwin 2 : yang ni Grand |
Pinggan lapik lidi |
Masa aku kat desa tu, aku sempat ikut diorang sambut majlis awal Muharram kot. Aku pun lupa dah apa benda, ke sambutan Maulid Nabi gitu. Kena join buat pertandingan islamik untuk budak-budak madrasah. Jauh sikitlah madrasah ni. Masa malam last tu kena pergi madrasah tu. Aku pun join jela diorang naik motor, naik bukit...lepastu sekeliling ladang getah. Seram sepi, gelap pulak tu. Tapi bestt 😁 menghirup bau getah pokok 😂
Sampai sana je terus pi makan, hahaa. After that, yang ni part yang paling best sebab 1st time experience unggun api besar. Nasibla aku ikut diorang pergi sekali. Worth it. Masa mula-mula tu ada budak-budak madrasah yang berdiri sekeliling unggun api, bawak unggun api kecik. Then diorang bakar unggun api yang besar tu. Api Marak.
Lagi satu benda yang 1st time aku tengok, adult men main sepak bola...tapi guna bola api. Woww. Lain macam sambutannya. Tapi bagi aku as foreigner macam menariknya tengok culture orang lain walaupun benda ni bukan norm pun. Interesting. Paih pun sempat duk join main sepak bola api. Nampak macam best, habis terbakar bulu kaki kauu 😂
Aktiviti lain yang kitorang buat adalah bercucuk tanam. Hohoo. Ada 2 port, satu kat hujung desa jauh sikit. Yang lagi satu kat depan madrasah kitorang je. Start dari bersihkan kawasan, bakar² then gembur tanah, buat pagar, pasang jaring, tanam benih and so on sampailah jadi anak pokok.
One more thing, dalam kelompok kitorang ni ada yang ambik jurusan pendidikan, so diorang siap buat praktikal masa KKN. Mengajar kat sekolah rendah. Best weyy, macam jadi intern. Kitorang yang tak ada praktikal ni sempatlah jugak join satu aktiviti koko diorang. Siap pergi masuk hutan untuk aktiviti memancing, jauh bebenor sungainya. Bila weekend je, student Indonesia biasanya akan buat senam erobik dengan budak-budak desa situ. Aku tak join...tengok je mampu. Aku rasa senam erobik ni memang something common kat sana. Sebab dulu aku pernah nampak golongan ibuk-ibuk bersenam erobik kat luar rumah. Senam erobik atau Poco-poco oii?! 😂
Done!
Sekian.
No comments:
Post a Comment